Selasa, 18 Februari 2014

Penjelasan Kempen Satu Murid Satu Rim

Kempen satu murid satu rim diilhamkan oleh salah sorang ajk pibg pada mesyuarat akhir ajk pibg utk sessi 2013/2014.Ilham ini dicetuskan oleh Pn. zuraida bt sadio. Saya selaku pentadbir web ini mengambil inisiatif mewar-warkan idea ini.

Untuk makluman semua,perbelanjaan sekolah adalah terikat dengan laporan audit yg ketat,seperti kementerian, juga agensi kerajaan yang lain.Pada tahun 2013 bahagian audit sekolah telah mengeluarkan arahan melalui surat pekeliling yang antara lain tidak membenarkan peruntukkan pengurusan sekolah digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan dengan itu pada tahun ini pihak sekolah mempunyai kekangan untuk menampung kos pencetakan melalui penggunaan mesin photostat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.Kos untuk pencetakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran amatlah besar bagi tahun lepas.

Dengan kempen ini adalah diharapkabn agar ianya dapat membantu sedikit sebanyak pihak sekolah menampung kos  pencetakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di SK Sg Samak.

Perubahan dasar pembelajaran dari KBSR ke KSSR dimana peperiksaan tidak lagi menjadi kayu pengukur pencapaian murid, menjadikan penilaian sepanjang tahun sebagai medan menilai murid. Oleh yang demikian,penggunaan kertas melalui pencetakan bahan penilaian,amatlah menjadi pilihan guru dan ianya akan menjadi bukti penilaian terhadap murid.

Kempen ini tidak pernah mewajibkan semua ibu bapa menyumbang kepada sekolah. Matlamatnya adalah satu murid satu rim.Kami akui tidak semua ibu bapa di SK Sg Samak berkemampuan untuk meyumbang dengan erti kata lain andai ada yang boleh mencari penyumbang luar amatlah kami hargai.

Adalah menjadi harapan kami agar semua ibu bapa dapat menghubungi pihak sekolah,guru-guru ataupun ajk pibg untuk apa jua isu yang timbul.Kami amat mengalu alukan kedatangan tuan puan ibu bapa ke sekolah bagi membincangkan sebarang masalah atau pun mempunyai idea bagi memajukan anak anak SK Sg Samak.

Bersamalah kita berganding bahu memastikan kecemerlangan anak anak kita demi masa depan mereka khasnya juga masa depan masyarakat Sg Samak amnya.Bagi menyahut hasrat menjadikan Malaysia gemilang di masa depan anak anaklah penentunya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan