Jumaat, 21 Februari 2014

Program Gotong Royong Dan Kem Bestari Solat Tahap Satu

Pada hari sabtu ini (22.02.2014) akan berlansung dua program di sekolah.Program tersebut adalah seperti yg dinyatakan diatas. Sehubungan dengan itu besarlah harapan agar ibu bapa murid tahap 1 dapat memastikan kehadiran anak tuan/puan bagi program kem bestari solat.Kem ini adalah sebahagian daripada program JQAF yang wajib bagi setiap murid sekolah rendah.
Bagi ibu bapa yang berkelapangan bolehlah menghadirkan diri untuk program gotong royong bagi mengindahkan kantin serta kawasan sekolah bagi memastikan SK Sg Samak berjaya dalam program 3K yang disertai.

Sedikit jamuan tengah hari disediakan bagi ibu bapa yg hadir menyertai program gotong royong ini. Terima kasih kepada En.Abd Aziz yang menyumbang kepada jamuan makan untuk majlis pada hari sabtu ini.


Program Gotong Royong

























Kem Bestari Solat Tahap 1












Rabu, 19 Februari 2014

Kejohanan Balapan Dan Padang Kelompok 5 2014

SK Sg Samak telah menghantar kontingen ke Kejohanan Balapan Dan Padang Kelompok 5 yang telah berlansung di Stadium Mini Sabak Bernam.SK Sg Samak telah diwakili seramai 33 orang peserta termasuk 7 orang guru pengiring.Keputusannya adalah seperti berikut:-
1) Siti Nur Habibah Bt Sulaiman 1 emas  100m perempuan bawah 12 
1 perak lompat tinggi perempuan bawah 12 tahun.
2) Mohd Daniel Bt Rohmat 1 emas lompat tinggi lelaki bawah 11 tahun.
3) pasukan 4x100m perempuan bawah 12 (gangsa)
4) pasukan 4x 200m perempuan bawah 12 (gangsa)

Adik Mohd Daniel dan Adik Siti Nur Habibah akan mewakili kelompok ke peringkat daerah pada bulan 3 nanti

syabas!!

Berikut gambar gambar sekitar kejohanan yg sempat di rakam





Selasa, 18 Februari 2014

Penjelasan Kempen Satu Murid Satu Rim

Kempen satu murid satu rim diilhamkan oleh salah sorang ajk pibg pada mesyuarat akhir ajk pibg utk sessi 2013/2014.Ilham ini dicetuskan oleh Pn. zuraida bt sadio. Saya selaku pentadbir web ini mengambil inisiatif mewar-warkan idea ini.

Untuk makluman semua,perbelanjaan sekolah adalah terikat dengan laporan audit yg ketat,seperti kementerian, juga agensi kerajaan yang lain.Pada tahun 2013 bahagian audit sekolah telah mengeluarkan arahan melalui surat pekeliling yang antara lain tidak membenarkan peruntukkan pengurusan sekolah digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan dengan itu pada tahun ini pihak sekolah mempunyai kekangan untuk menampung kos pencetakan melalui penggunaan mesin photostat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.Kos untuk pencetakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran amatlah besar bagi tahun lepas.

Dengan kempen ini adalah diharapkabn agar ianya dapat membantu sedikit sebanyak pihak sekolah menampung kos  pencetakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di SK Sg Samak.

Perubahan dasar pembelajaran dari KBSR ke KSSR dimana peperiksaan tidak lagi menjadi kayu pengukur pencapaian murid, menjadikan penilaian sepanjang tahun sebagai medan menilai murid. Oleh yang demikian,penggunaan kertas melalui pencetakan bahan penilaian,amatlah menjadi pilihan guru dan ianya akan menjadi bukti penilaian terhadap murid.

Kempen ini tidak pernah mewajibkan semua ibu bapa menyumbang kepada sekolah. Matlamatnya adalah satu murid satu rim.Kami akui tidak semua ibu bapa di SK Sg Samak berkemampuan untuk meyumbang dengan erti kata lain andai ada yang boleh mencari penyumbang luar amatlah kami hargai.

Adalah menjadi harapan kami agar semua ibu bapa dapat menghubungi pihak sekolah,guru-guru ataupun ajk pibg untuk apa jua isu yang timbul.Kami amat mengalu alukan kedatangan tuan puan ibu bapa ke sekolah bagi membincangkan sebarang masalah atau pun mempunyai idea bagi memajukan anak anak SK Sg Samak.

Bersamalah kita berganding bahu memastikan kecemerlangan anak anak kita demi masa depan mereka khasnya juga masa depan masyarakat Sg Samak amnya.Bagi menyahut hasrat menjadikan Malaysia gemilang di masa depan anak anaklah penentunya...

Khamis, 13 Februari 2014

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak

Rabu-12.02.2014 Bertempat di padang SK Sg Samak perlawanan bola sepak persahabatan telah diadakan diantara SK Sg Samak bersama dua buah sekolah lagi.Sekolah tersebut adalah:-

SK SUNGAI BATANG,Selekoh
SK SERI UTAMA,Sg Besar 

Keputusan Perlawanan adalah seperti berikut:-

SK SG SAMAK(1) lwn SK SUNGAI BATANG (3)

SK SG SAMAK (1) lwn SK SERI UTAMA (2) 



keputusan perlawanan ini bukanlah menjadi keutamaan jurulatih pasukan sekolah.Apa yang penting pasukan bola sepak sekolah dapat mengambil iktibar dan mengutip pengalaman sebelum kejohanan sebenar tidak lama lagi.



Proud To Be Samakian





SK SUNGAI BATANG





SK SERI UTAMA



SK SG SAMAK

Rabu, 12 Februari 2014

Terima kasih...


Warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan liza (mudah shuhadah) sebagai penyumbang pertama rim kertas A4 kepada sekolah semoga kempen satu rim satu murid ini mampu membantu sekolah untuk tahun ini.
Ribuan terima kasih juga ingin kami ucapkan kepada en abdul aziz diatas sumbangan beliau kepada pihak sekolah dalam bentuk tajaan dan juga wang tunai bagi kecemerlangan akademik sk sg samak.kami masih mengalu alukan sumbangan dalam apa jua bentuk dalam memastikan sk sg samak cemerlang gemilang dan terbilang.
TERIMA KASIH

Selasa, 11 Februari 2014

Satu Murid Satu Rim Kertas



Hasil mesyuarat ajk pibg kali ini terbit satu idea untuk menampung kos pencetakan bagi tujuan pdp di sekolah yang begitu tinggi.Adalah menjadi harapan agar ibu bapa dapat menyumbang satu rim bagi setiap anak yg bersekolah di sekolah ini.Dengan kata lain pihak sekolah boleh memperoleh lebih kurang 220 rim kertas sekali gus menampung kos pencetakan untuk pdp di sekolah ini. Ibu bapa boleh menghantar rim kertas terus ke pejabat sekolah pada waktu pejabat.Jom sumbang Kertas untuk sekolah


Mesyuarat AJK PIBG SK SG SAMAK BIL 3


Bertempat di makmal komputer SK Sg samak mesyuarat ajk pibg bil 3 telah berlansung dengan dipengerusikan oleh Naib Yang Dipertua PIBG En. Ahmad Helmi Bin Yunus.Mesyuarat akan membuat penetapan tarikh untuk meayuarat agong pibg untuk tahun ini




Sabtu, 8 Februari 2014

Kejohanan Merentas Desa Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak 2014


Seramai lapan orang murid SK Sg Samak layak menyertai kejohanan ini yg diadakan di SK Degong pada 8.02.2014.Seorang murid telah menarik diri disebabkan kecederaan yg tidak sempat sembuh sehingga hari pertandingan.Hanya Lapan org sahaja akan dipilih mewakili daerah ke kejohanan negeri.
KEPUTUSAN MURID SK SG SAMAK
1. Izzat Hakim(L11) tempat ke 18 
2. Syed Mohd Fikri (L11) tempat ke 41 
3. Amirul Ahnaf (L12) tempat ke 30
4. Fatiha Natasya (P12) tempat ke 25
5. Nor Daney Yuserin (P12) tempat ke 31
6. Siti Wardina Syafia (P11) tempat ke 49
7. Hani Zulfa (P11) tempat ke 50
   
Bagi setiap kategori jumlah peserta adalah 80 orang. Semoga beroleh kejayaan di masa akan datang insyaallah









Jumaat, 7 Februari 2014

Hari Bertemu Ibu Bapa Murid Tahun 6

               Bertempat di Dewan SK Sg Samak perjumpaan bersama ibu bapa murid tahun 6 tujuannya untuk berbincang dan menyusun program utk mencapai kecemerlangan UPSR. Program bermula pukul 7:30 pagi dengan bacaan yassin dan berakhir dengan ikrar murid untuk mencapai kecemerlangan dalm UPSR.  
Antara ibu bapa yang hadir

Cikgu Ibrahim Pardi (PK HEM) menyampaikan ucapan

 Ikrar diketuai adik Darney Yusrien (Ketua Pelajar)


Seramai 24 org ibu bapa telah menunjukkan kesungguhan dengan menghadirkan diri ke majlis ini.Majlis tamat pada jam 11:45 pagi